Thursday 22 March 2012

ADAM DAN HAWA

                      

                                   ~~~ ADAM  DAN  HAWA ~~~            


        Mengapa Hawa dicipta ketika Adam sedang tidur.....
 Menurut pakar psikologi...,seseorang lelaki jika dia kesakitan ,mereka selalunya akan membuatkan timbul dalam hatinya rasa bencinya.Sebaliknya wanita saat dia kesakitan,maka semakin bertambah sayang dan cintanya...
     Seandainya Hawa diciptakan dari Adam alahis...salam...Saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari rusuknya hingga dia membenci Hawa.

 
 Akan tetapi Hawa diciptakan Tuhan pada Adam saat dia tertidur...Ia semata-mata agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan 
dalam keadaan terjaga dan adakala melihat kematian dihadapanya.Namun begitu,semakin sayang dan cintanya kepada anak yang dilahirkan, bahkan ia sanggup menebusnya dengan kehidupannya sendiri... 










Ada syair Arab mengatakan,sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok  yang tugasnya adalah melindungi kalbu lelaki (jantung, hati nurani).Oleh kerana itu,tugas Hawa menjadi ratu di ratu lelaki.
     Wanita selalu berinteraksi dengan perasaan, dengan hati dan wanita akan menjadi seseorang ibu yang penuh kasih sayang,seorang saudari yang penyayang,seorang puteri yang manja dan seorang isteri yang setia jika fahami sebaiknya.






             Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut,seperti yang diberitahu oleh Nabi Muhammad SAW,  'jika seseorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta,maka dia akan mematahkannya'.
             Maksud kata baginda tersebut adalah....,wanita itu harus difahami dengan baik dan sikawal agar tidak memudaratkan.


Maka wahai Adam...janganlah merendahkan perasaan Hawa...kerana dia memang diciptakan seperti itu..
 Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitikkan air mata,itu bererti dia sedang menangis di dalam hati...
Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya,lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu minta maaf..


                   


  Dan percayalah ...wanita amat susah untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayangi....  


P/S: Moral of the story....cubalah sayangi dan fahami wanita disekeliling korang...sesungguhnya wanita itu adalah anugerah terindah buat lelaki...:)


                                                                     Copy and paste dari FB seseorang..thanks ya..





No comments:

Post a Comment